Skip to main content

Bola Sepak

Leverkusen guna saluran dalaman pikat Bolt

bailey-the-middle-man-as-leverkusen-enter-bolt-race.jpg
Bayer Leverkusen menggunakan 'senjata yang tidak berapa rahsia' dalam usaha menyaingi Borussia Dortmund untuk memikat Usain Bolt. 

Bintang olahraga itu menjadi buruan kelab-kelab di Bundesliga, dengan Dortmund sempat menawarkan Olimpian itu menjalani latihan bersama mereka. 

Leverkusen kini cuba menarik perhatian Bolt dengan menggunakan pengaruh rakan senegaranya, Leon Bailey, yang menyertai Leverkusen dari Genk dalam perpindahan musim sejuk yang lalu. 

Bolt, yang meminati Manchester United, sering kali meluahkan keinginannya untuk bergelar pemain bola sepak profesional. 

"Saya mengenali rapat Usain, dia rakan baik saya dan sangat mesra. Dia sering bertandang ke Jerman," kata Bailey kepada wartawan. 

"Saya harap kami dapat bertemu di sini, mungkin saya akan membuat panggilan dan mengundangnya menonton perlawanan di BayArena."

Leverkusen turut memuat naik status di Twitter untuk mengesahkan kedatangan atlet berusia 30 tahun itu dialu-alukan.

Bailey yang dikaitkan dengan kelab England pula menegaskan dia kini berada di tempat yang betul untuk mengembangkan permainannya. 

"Beberapa kelab Liga Perdana Inggeris cuba mendapatkan saya. 

"Tapi saya tidak fikir sudah bersedia untuk langkah seterusnya. Di Leverkusen, saya mahu menampilkan aksi menarik dan menjaringkan gol. 

"Harapan saya adalah untuk memenangi kejuaraan. Saya mahu memperagakan bakat dan skil saya. 

"Saya mahu berusaha untuk pasukan ini dan menggilap bakat sendiri."
 

Advertisement

Must Watch Video