Skip to main content

Bola Sepak

Leicester kembali temui sentuhan terbaik

leicestercity26817.jpg
Jose Mourinho percaya Leicester City sudah menemui sentuhan terbaik mereka selepas diambil alih oleh Craig Shakespeare musim ini tetapi pengurus Manchester United itu tidak menjangkakan mereka akan menjadi pasukan pilihan untuk menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL).

The Foxes menghasilkan satu kisah yang paling bersejarah selepas menjuarai EPL pada musim 2015-16 dengan mengetepikan kelab-kelab gergasi England seperti Chelsea, Arsenal dan Manchester City.

Perancangan mereka untuk mempertahankan gelaran tidak membuahkan hasil, dengan kelab itu mengambil keputusan untuk memecat Claudio Ranieri dan terpaksa bergelut untuk memastikan mereka kekal bersaing dalam EPL.

Bagi musim 2017-18, Leicester telah meraih satu kemenangan dan satu tewas walaupun ketika mengalami kekalahan 4-3 kepada Arsenal, terdapat beberapa perkara positif boleh diambil sebelum mereka tumpas.

Mourinho menerima kehadiran The Foxes ke Old Trafford dan menjangkakan saingan yang sukar selepas meraih kemenangan 4-0 dalam dua perlawanan berdepan West Ham dan Swansea.

"Saya berasakan mereka adalah pasukan yang sama seperti dua musim yang lalu," kata Mourinho.

"Adakah mereka akan menjadi juara sekali lagi? Saya tidak berasakan mereka mampu melakukannya kerana banyak pasukan yang memiliki kualiti yang hampir sama dalam EPL.

"Mereka mempamerkan kualiti ketika bertemu Arsenal sebelum tewas di penghujung perlawanan. Leicester mampu memberikan saingan kepada pasukan yang mencabar takhta liga."

Advertisement

Must Watch Video