Legenda Borussia Dortmund, Lars Ricken, meratapi kemerosotan hubungan Pierre-Emerick Aubameyang dengan kelab itu ketika penyerang berkenaan terus dikaitkan dengan perpindahan ke Arsenal, bulan ini.
Aubameyang menjadi nadi Dortmund sejak tiba dari Saint-Etienne pada 2013 dengan merekodkan 141 gol sepanjang bersama gergasi Bundesliga itu.
Bagaimanapun, tingkah lakunya di luar padang mengundang tindakan terpaksa diambil ke atasnya -- yang terbaru berlaku ketika Dortmund seri tanpa jaringan dengan Wolfsburg berikutan kegagalannya menghadiri mesyuarat pasukan.
Sejak dikaitkan ke London, pemain Gabon itu diketepikan daripada kesebelasan utama, termasuk ketika menghadapi Hertha Berlin.
Hujung minggu lalu, Dortmund mengesahkan mereka telah menerima tawaran untuk penyerang itu daripada The Gunners.
Sama ada dia kekal atau tidak, Ricken -- yang menyumbat gol ketiga Dortmund ketika mereka memenangi Liga Juara-Juara (UCL) pada 1997 -- sedih melihat hubungan tegang di antara kedua-dua pihak terbabit.
"Saya fikir ia benar-benar memalukan," katanya, seperti yang dipetik RevierSport. "Saya tidak tahu jika ada pemain di Borussia Dortmund yang telah menjaringkan lebih banyak gol dan memenangi perlawanan untuk Borussia sejak empat tahun lalu.
"Sayang sekali."
Aubameyang akan membuat penampilan sulungnya pada 2018 apabila Dortmund menyambut kunjungan Freiburg hari ini susulan pengesahan Peter Stoger bahawa pemain berusia 28 tahun itu mempamerkan komitmen mengagumkan semasa latihan.