Skip to main content

Bola Sepak

Lawan Selangor peluang baik pamer kebangkitan -- Hadwa

mathias-hadwa.jpg

Awang import PKNS FC, Matthias Hadwa, menyasarkan tiga mata buat pasukannya apabila berdepan Selangor dalam aksi Liga Super, esok.

Pemain Palestin kelahiran Chile ini dahagakan kemenangan selepas tewas dua aksi berturut-turut sebelum ini.

Hadwa turut menyedari pertembungan tersebut mempunyai erti tersendiri  gara-gara kedua-dua pasukan membawa nama negeri Selangor.

"Permulaan liga kami tidak berjalan dengan baik tetapi kami akan bangkit dengan perlawanan ini seperti yang kami lakukan musim lepas.

"Perlawanan ini boleh dianggap sebagai satu 'derby' tetapi ia lebih tertumpu kepada sejarah antara kedua-dua pasukan. Apa yang penting, kami menamatkan perlawanan dengan keputusan positif," katanya.

Musim lalu, Hadwa lebih banyak beraksi di bahagian sayap kanan, namun ketika sesi latihan sedang berlangsung, pengendali, E. Elavarasan, lebih banyak menggunakan khidmatnya di bahagian tengah.

Bagi bekas pemain Universidad Catolica ini, dia tidak kisah menyumbang keringat di posisi berbeza kerana yang menjadi keutamaan adalah kemenangan pasukan.

"Di mana jurulatih mahu saya beraksi, di situ saya akan bermain. Saya tidak kisah, yang penting saya tetap tersenarai dalam kesebelasan utama.

"Jika saya dapat membantu di bahagian sayap, itulah yang saya akan lakukan dan jika saya diperlukan di bahagian tengah, saya akan lakukannya," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video