Skip to main content

Bola Sepak

Laporte tenang hadapi spekulasi ke City

aymeric-laporte.jpg
Pemain yang menjadi buruan Manchester City, Aymeric Laporte, bersedia menghadapi Eibar dalam aksi LaLiga awal pagi esok, demikian jurulatih Athletic Bilbao, Jose Angel Ziganda, mengesahkannya.

Laporte dikaitkan dengan perpindahan ke pendahulu Liga Perdana itu yang dijangka sedia memenuhi klausa pelepasan bernilai €65 juta (RM313.4j), seterusnya mengatasi rekod perpindahan termahal mereka. 

Begitupun, Laporte membuktikan kepada Ziganda bahawa dia sedia menawarkan khidmatnya biarpun masa depannya di Athletic tidak menentu. 

"Saya mengharapkan Aymeric untuk aksi esok," kata Ziganda kepada pemberita, malam tadi. "Tanpa pemain yang cedera, kami akan mengadakan latihan terakhir dan kami akan menyediakan senarai skuad.

"Kami perlu menangani berita seperti ini tetapi yang penting ialah perlawanan esok.

"Aymeric boleh turun berlatih -- dia bersikap tenang."

Laporte hampir menyertai City pada 2016 susulan pelantikan Pep Guardiola biarpun pada ketika itu, pergelangan kakinya patah sebelum memutuskan untuk kekal bersama Athletic.
 

Advertisement

Must Watch Video