Skip to main content

Bola Sepak

Lang Merah idam jamu The Bos Gaurus dengan aksi terbaik

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kedah-2019.jpg
Jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak, mahu meneruskan penguasaan tiga mata dengan menggunakan kelebihan barisan terbaiknya bertemu skuad Mehmet Durakovic di Stadium Perak.

Selepas membelasah pasukan adik, PKNP FC, minggu lalu, Kedah kini mengidam mata penuh kedua dengan syarat perlu menundukkan kelibat abang pula, iaitu skuad Perak, dalam aksi malam ini. 

Daripada segi kelebihan, situasi jelas memihak kepada Kedah yang menurunkan barisan terbaik mereka memandangkan keseluruhan pemain cergas untuk menggalas cabaran.

"Semua pemain dalam keadaan 100 peratus cergas, tiada masalah kecederaan yang kami hadapi. 

"Saya boleh menurunkan skuad terbaik," katanya.

Biarpun ada lompong kecil yang perlu diperbaiki anak buahnya, Aidil sebaliknya memilih untuk tidak terlalu terbuka berbicara mengenai kelemahan pasukannya.

"Saya pasti ada perancangan yang lebih baik tetapi saya tidak boleh dedahkannya lagi. 

"Sudah tentu dalam bola sepak kami perlu sentiasa mempamerkan peningkatan. Memang akan ada kepincangan dalam perlawanan tetapi itulah tujuan sebenar kami mengadakan latihan," tambahnya. 

Jurulatih kelahiran Singapura itu, yang memiliki kredibiliti tersendiri sehingga digelar 'Pep Guardiola Singapura', mahu menerapkan corak permainan menyerang sebagai kekuatan utama skuad Lang Merah musim ini.

Advertisement

Must Watch Video