Ole Gunnar Solskjaer mendedahkan Marcus Rashford beraksi dalam keadaan kepenatan sebelum menyumbat gol kemenangan Manchester United ketika menundukkan Leicester City 1-0 tatkala pengendali sementara The Red Devils itu menyifatkan jaringan tersebut sebagai satu penyudah yang sempurna.
Rashford menjaringkan gol kesembilannya dalam kempen Liga Perdana Inggeris musim ini di Stadium King Power setelah mengawal bola hantaran Paul Pogba dan melepaskan rembatan melepasi Kasper Schmeichel.
Solskjaer memuji persefahaman yang dipamerkan dua pemainnya itu dan mendedahkan Rashford sedang menahan sakit ketika memecahkan kebuntuan.
"Pemain yang bagus membuatkan rakan sepasukan menjadi lebih baik," kata Solskjaer.
"Saya hanya boleh menjelaskan jaringan sebegitu dengan kualiti kerana apabila anda memiliki pemain hebat, anda akan meraih persembahan bagus.
"Satu penyudah hebat ketika berdepan Schmeichel. Anda mungkin cuba melepaskan bola menerusi kaki tetapi Rashford terus meningkat dan sudah tentu dia beraksi dalam banyak perlawanan.
"Dia mengalami kesakitan di awal permainan tetapi mengharungi aksi itu dan hantaran hebat Pogba disudahkan oleh Rashford. Dia juga hampir meraih satu lagi gol sebelum itu."
United bangkit daripada ketinggalan untuk mengikat Burnley 2-2 dalam aksi sebelum ini dan Solskjaer berkata pemainnnya menampilkan reaksi yang diharapkan sewaktu menentang The Foxes.
Aksi berdepan Burnley menjadi satu-satunya perlawanan yang menyaksikan United mencicirkan mata sejak dikendalikan oleh Solskjaer pertengahan Disember lalu tetapi mereka tetap bernasib baik mampu meraih kemenangan lewat malam tadi memandangkan tuan rumah dihidangkan deretan peluang untuk menyamakan kedudukan.
Solskjaer mengakui persembahan anak buahnya sedikit merosot dalam babak kedua, apabila berkata: "Saya fikir kami melalui permulaan baik dalam perlawanan. Ia penting ketika berdepan pasukan seperti Leicester yang sering cuba melakukan serangan balas.
"Satu permulaan yang baik dan kami lebih memikirkan keputusan berbanding persembahan dalam babak kedua. Ia terbukti.
"Kami tidak melakukan hantaran sempurna dan gagal mengawal permainan seperti yang saya harapkan.
"Namun, bagus apabila anda mengutip tiga mata di laman lawan. Satu reaksi yang baik selepas persembahan longlai mencicirkan dua mata dalam pertemuan dengan Burnley sebelum ini."