Pengendali Kuala Lumpur, Fabio Maciel, menutup terus peluang pemain Singapura, Baihakki Khaizan, sambil menegaskanselagi dia mengendalikan skuad Warga Kota, tiada ruang buat pemain itu dalam pasukannya.
Maciel tidak menyembunyikan rasa ralat terhadap pertahanan berpengalaman Singapura itu apabila turut menegaskan enggan bekerjasama lagi dengan pemain itu, termasuk dalam jendela perpindahan kedua Liga Malaysia (Liga M), Mei depan.
Baihakki sebelum ini membatalkan hasrat ke Kuala Lumpur pada saat-saat akhir apabila menerima tawaran kelab Thailand, Muangthong United.
"Kalau dia mahu datang selagi saya ada di sini, ia tidak akan berlaku.
"Saya memberitahunya ia satu tindakan yang tidak beretika. Kalau sesudah bersetuju dengan rundingan kami, kemudian dia memaklumkan kepada kami bahawa dia ada menerima tawaran lain. Andai langkah itu gagal dan sekarang dia mahu ke mari," kata jurulatih dari Brazil itu.
Kuala Lumpur akan ke Surabaya pada Isnin depan untuk siri akhir persahabatan dan latihan pra-musim selepas perancangan ke Bangkok sebelum ini dibatalkan.
Maciel tidak menolak mencari awang import kelima dalam kunjungan ke Indonesia, namun tumpuannya lebih terarah kepada menggunakan pemain tempatan untuk menguatkan posisi pertahanan.
Difahamkan, pemain skuad B-23 negara, Adib Zainuddin dan Syazwan Andik Ishak, menjadi sebutan di kem Kuala Lumpur.
"Beberapa hari ini, kami akan cuba mendapatkan pemain lain.
"Ketika ini, kami sedang memantau satu lagi tempat untuk pemain tempatan.
"Saya harap dapat berbincang dengan pihak pengurusan untuk memastikan kami mendapatkan seorang lagi pemain yang lebih baik," ujarnya.