Ketua jurulatih The Red Warriors (TRW), Marko Kraljevic, mengingatkan semua pemainnya supaya mengutamakan permainan berpasukan berbanding kemahiran individu menjelang pertemuan dengan Sabah di Stadium Sultan Muhammad IV, malam ini.
Kraljevic berharap kekalahan kepada Selangor United di Selayang minggu lalu dapat dijadikan pengajaran berguna buat Kelantan untuk bangkit memburu kemenangan pertama di gelanggang sendiri.
"Kami perlu bangkit daripada kekalahan itu dan memburu kemenangan pertama dalam aksi menentang Sabah di laman sendiri.
"Pemain perlu bermain secara berpasukan dan bukannya menunjukkan skil individu yang akan merugikan pasukan," katanya.
Kraljevic, yang juga bekas pengendali Balestier Khalsa FC dalam Liga Singapura, mengingatkan pemain TRW untuk tidak memandang rendah keupayaan Sabah yang terkenal dengan serangan balas pantas serta mampu membolosi pertahanan lawan secara mengejut.
"Kami menghormati kekuatan Sabah dan sudah pasti mereka akan mencuba untuk mencuri mata di sini.
"Saya sering mengingatkan pemain supaya fokus kepada permainan dan perlu mengganggap setiap perlawanan liga sebagai perlawanan akhir," ujarnya.
Untuk rekod, Kelantan memulakan saingan Liga Perdana musim ini dengan langkah kiri apabila tewas 0-1 kepada pendatang baru, Selangor United, manakala Sabah dimalukan Johor Darul Ta'zim II (JDT II) 2-1 di Likas.