LEVERKUSEN 3 BAYERN MUNICH 1
Niko Kovac berasakan Bayern Munich tidak diberikan keadilan apabila tewas 3-1 kepada Bayer Leverkusen, sekali gus gagal merapatkan kedudukan dengan pendahulu Bundesliga, Borussia Dortmund.
Leon Goretzka membenarkan Bayern mendahului permainan dalam separuh masa pertama tetapi jaringan Leon Bailey, Kevin Volland dan pemain gantian, Lucas Alario, dalam babak kedua berjaya memastikan juara bertahan itu tewas di BayArena.
Bercakap kepada Sky selepas tamat perlawanan, Kovac terpaksa meratapi jaringan Robert Lewandowski yang ditarik balik kerana sistem video bantuan pengadil (VAR) mengesahkan penyerang itu berada dalam kedudukan ofsaid.
"Keputusan itu menunjukkan apa yang berlaku di atas padang," kata Kovac.
"Kami bermain dengan baik dalam separuh masa pertama tetapi keputusan ofsaid menafikan kelebihan pasukan untuk mendahului 2-0.
"Jika jaringan tersebut kekal, kami tidak mungkin tewas dalam perlawanan ini. Pada pendapat saya, seri adalah keputusan yang adil. Leverkusen hanya melakukan empat percubaan dan menjaringkan tiga gol."
Jaringan ketiga mencetus kontroversi apabila Alario turut berada dalam kedudukan yang sama seperti Lewandowski, namun selepas pengadil melihat ulang tayang, jaringan tetapi diberikan.
"Kami agak kecewa, keputusan pengadil tidak memihak kepada kami.
"Perkara positif yang boleh diambil adalah Borussia Dortmund tidak meraih tiga mata (seri 1-1 dengan Eintracht Frankfurt)."