Manchester City kini dilihat memiliki sedikit kekurangan daripada segi personaliti berbanding sebelum ini tetapi dalam masa sama, lebih tersusun di bawah kendalian Pep Guardiola, menurut kapten pasukan, Vincent Kompany.
City memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang pertama ketika era Roberto Mancini pada musim 2011/12 dan ditunjangi oleh beberapa pemain seperti Kolo Toure, Nigel de Jong, Carlos Tevez dan Mario Balotelli.
Antara yang masih kekal di dalam skuad terkini adalah Sergio Aguero, David Silva serta Yaya Toure dan bagi Kompany, perkara itu mewujudkan keseimbangan dalam pasukan.
“Pasukan yang memenangi kejuaraan liga yang pertama lebih kepada personaliti dan perwatakan.
“Berbeza dengan pasukan kali ini, terdapat koordinasi yang wujud di antara pemain. Sistem yang diterapkan lebih berhati-hati dan kemas. Sama-sama kita lihat kerana pasukan ini perlu memenangi sesuatu.
“Sebagai contoh, mudah untuk kami mengubah formasi daripada empat pertahanan kepada tiga pertahanan. Itu kekuatan yang kami miliki, mudah menyesuaikan diri dengan apa saja keadaan,” ujarnya.
City memulakan saingan 2017/18 dengan kemenangan selepas menewaskan pendatang baru, Brighton and Hove Albion, 2-0 di tempat lawan pada Ahad lalu.