Skip to main content

Bola Sepak

Kohler: Gotze masih mampu pamer permainan berkualiti

kohler-refuses-to-write-off-gotze.jpg

Bekas pertahanan Borussia Dortmund, Jurgen Kohler, yakin Mario Gotze masih memiliki masa depan untuk menyerlah di pentas Eropah.

Pemain berusia 24 tahun itu, yang  kembali bersama BVB bagi musim 2016-17 selepas mengharungi tiga tahun di Bayern Munich, menghadapi kesukaran untuk menemui prestasi sebenar di Signal Iduna Park.

Bekas pemain kebangsaan Jerman, Lothar Matthaus, mencadangkan Gotze berpindah ke China kerana beberapa kelab dari Liga Super China (CSL) berminat untuk mendapat khidmatnya tetapi Kohler berasakan perpindahan tersebut tidak munasabah. 

"Gotze merupakan seorang pemain yang sangat berbakat dan anda tidak boleh mengetepikannya kerana gagal untuk beraksi dengan cemerlang," ujar Kohler.

"Pada pendapat saya, Gotze masih mampu mencetuskan magis untuk masa akan datang.

"Dia telah ke Bayern pada usia yang sangat muda. Di Allianz Arena, dia perlu bersaing dengan 22, 23 bintang. Anda memerlukan kekuatan mental yang istimewa untuk cemerlang bersama kelab itu. 

"Saya yakin China bukan sasaran utama Gotze buat masa ini. Dia masih mampu cemerlang bersama kelab dalam Liga England, Sepanyol dan Itali."

Advertisement

Must Watch Video