Skip to main content

Bola Sepak

Koeman anggap Rooney pemain berpengaruh buat Everton

26817waynerooney.jpg
Pengurus Everton, Ronald Koeman, menyifatkan penyerang, Wayne Rooney, membuktikan kebolehan di atas dan luar padang dengan pengalaman yang dimilikinya kepada pemain-pemain muda The Toffees.

Everton memenangi empat perlawanan pembukaan dalam semua kejohanan musim ini, sebelum seri dengan Manchester City dan Hadjuk Split – sekaligus melayakkan diri ke peringkat kumpulan dengan kemenangan agregat 3-1 dalam aksi play-off.

Rooney menjaringkan dua gol sejak meninggalkan Manchester United dan memberikan tumpuan penuh kepada kelabnya selepas mengambil keputusan untuk bersara daripada bola sepak antarabangsa sebagai penjaring terbaik England sepanjang zaman.

Dan Koeman, yang menyokong keputusan Rooney untuk bersara daripada saingan antarabangsa, memuji pengalaman yang dipamerkan oleh Rooney kepada pemain-pemain muda Everton.

"Rooney adalah pemain yang penting, sejak dari mula lagi," kata Koeman.

"Di atas padang dan di luar padang, dia adalah pemain yang berpengaruh.

"Dia memberikan tunjuk ajar kepada pemain-pemain muda. Dalam aksi bertemu Hajduk, sebelum perlawanan dan pada separuh masa, dia merupakan pemain yang memainkan peranan seperti pengurus pasukan.

"Rooney memiliki pengalaman dan pemain-pemain Everton perlu menimba ilmu daripadanya. Banyak yang boleh dipelajari daripadanya."

Advertisement

Must Watch Video