Jurgen Klopp mengakui undian Liverpool bagi saingan Liga Juara-Juara (UCL) adalah "lebih baik berbanding buruk" tetapi enggan menyifatkan pasukannya sebagai pilihan untuk menjuarai Kumpulan E.
The Reds telah diundi bersama-sama Sevilla, Spartak Moscow dan kelab Slovenia, Maribor, bagi menghadapi saingan UCL buat pertama kali sejak 2014-15.
Liverpool tersingkir daripada peringkat kumpulan pada musim itu dan Klopp, finalis ketika mengendalikan Borussia Dortmund pada 2012-13, mengetahui pasukannya perlu mengumpul mata di laman sendiri mahupun di tempat lawan.
Bagaimanapun, Klopp gembira kerana berjaya mengelak daripada bersaing dengan gergasi Eropah di peringkat kumpulan.
"Terdapat kumpulan bersama Barcelona, Bayern, Juventus dan Real Madrid. Tidak diundi bersama mereka adalah lebih baik daripada keburukan yang harus kami hadapi," katanya.
"Bagaimanapun, kami harus membuat persiapan dengan memastikan meraih mata dalam setiap perlawanan."