Jurgen Klopp menegaskan Liverpool telah berusaha sebaik mungkin untuk memastikan Philippe Coutinho kekal di Anfield.
Penghijrahan bintang Brazil itu ke Nou Camp telah diumumkan oleh Barcelona semalam, dengan pemain berusia 25 tahun itu bersetuju dengan kontrak selama lima setengah tahun.
Barcelona bakal membayar GBP142 juta serta mengaktif klausa penebusan kontrak bernilai EURO400 juta (RM1.9 juta) kepada Coutinho.
Bekas pemain Inter itu merupakan sasaran jangka masa panjang buat gergasi LaLiga itu selepas berusaha beberapa kali untuk menandatangani pemain tersebut sejak Julai tahun lalu.
Selepas membuat permintaan untuk meninggalkan pasukan, kelab telah berusaha memastikan dia kekal di Anfield dan Klopp kecewa kerana terpaksa melepaskannya.
"Dengan perasaan berat hati, kami telah bersedia untuk mengucapkan selamat tinggal kepada seorang sahabat yang baik, individu yang baik serta pemain yang berkualiti," kata Klopp.
"Coutinho mahu berpindah sejak Julai lagi apabila Barcelona berminat mendapatkannya dan akhirnya kami terpaksa melepaskan seorang pemain yang berpengaruh untuk kelab.
"Saya boleh mengatakan bahawa setiap penyokong Liverpool serta kelab ini telah berusaha memastikannya kekal di England. Tetapi tarikan ke Sepanyol adalah sesuatu yang tidak dapat ditolak.
"Ia merupakan impiannya dan saya yakin tiada apa yang mampu mengubah keinginannya.
Coutinho berpindah ke Merseyside pada 2013 dan beraksi sebanyak 152 kali dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).