Skip to main content

Bola Sepak

Klopp gusar Can belum perbaharui kontrak

emre-can-150817.jpg
Bos Liverpool, Jurgen Klopp, tidak gembira dengan perkembangan Emre Can yang masih belum memeterai kontrak baru, namun menegaskan pemain tengah itu tidak akan dijual. 

Pemain berusia 23 tahun itu kini memasuki tahun akhir kontraknya di Anfield dan kerap dikaitkan ke Juventus, dengan  rundingan baru dengan The Reds masih buntu. 

Klopp mengakui adalah tidak menyenangkan apabila mereka gagal mencapai kata sepaka, tetapi tetap yakin pemain Jerman itu tidak akan pergi dalam jendela perpindahan ini. 

"Setakat ini, dia masih belum menurunkan tandatangan dan itulah situasinya," kata Klopp menjelang aksi pertemuan pertama play-off Liga Juara-Juara dengan Hoffenheim. 

"Kami masih berbincang. Adakah saya berasa senang kami masih gagal menyelesaikannya setakat ini? Secara jujurnya, tidak. Tetapi semuanya dalam keadaan baik buat masa ini dan kami perlu menghadapinya. 

"Tumpuannya tidak ke mana-mana. Ini adalah kontrak penting dalam fasa umurnya. 

"Saya 100 peratus pasti kami tidak akan menjualnya berdasarkan situasi ketika ini. Dia akan terus beraksi di sini pada tahun depan. Selebihnya, kita akan lihat. 

"Di Jerman, tekanan seperti ini akan timbul setahun sebelum kontrak pemain akan tamat. Di England adalah dua tahun. 

"Tahun lalu, perkembangan ini tidak menarik perhatian tetapi tahun ini kita sudah mula bercakap mengenainya. 

"Sudah jelas kami mahu dia kekal dan dia juga mahu kekal, yang tinggal hanyalah beberapa perincian kecil sahaja lagi. 

"Ini bukan berkenaan keputusan untuk membawa seorang lagi pemain yang akan beraksi di posisi, fizikal dan kemahiran yang sama. 

"Emre dalam keadaan baik. Prestasinya telah banyak meningkat dan dia merupakan tunjang buat kami. Dia mampu beraksi di posisi yang berbeza. 

"Situasi ini tidak sempurna, saya lebih suka kalau dia telah menurunkan tandatangan tetapi saya masih positif bahawa kami akan menemui jalan penyelesaian yang tepat buat kedua-dua pihak."

Advertisement

Must Watch Video