Skip to main content

Bola Sepak

Kim Swee: Pembangunan skuad B-23 perlu berterusan

ong-kim-swee_7.jpg
Jurulatih skuad B-23 negara, Datuk Ong Kim Swee, menganggap pencapaian di Kunshan, China sebagai penanda aras untuk skuad itu mencapai kedudukan lebih baik dengan memberi bayangan program untuk skuad itu perlu berterusan. 

Bagi menjamin konsistensi pasukan, Kim Swee melihat program buat anak buahnya juga perlu konsisten selepas momentum mereka dibuktikan dengan jelas dalam saingan Kejohanan AFC B-23. 

Pengendali itu enggan sekadar menunggu tugasan seterusnya, iaitu Sukan Asia di Indonesia, Ogos depan, apabila menegaskan program latihan serta perancangan semasa perlu berterusan. 

"Berdasarkan jadual, skuad B-23 hanya akan menghadapi Sukan Asia. 

"Kemungkinan saya akan menggunakan jadual perlawanan antarabangsa nanti untuk memanggil beberapa pemain dan dalam masa sama, saya akan menghadap Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim,  untuk membincangkan program-program akan datang," katanya. 

Sehubungan itu, perkara itu menjadi pokok utama yang akan dibincangkan dengan Tunku Ismail dalam masa terdekat. 

Tambah Kim Swee, pencapaian kali ini cukup manis untuk dikenang meskipun tidak memegang gelaran juara seperti ketika menjuarai Sukan SEA 2011. 

"Ia tugas yang mencabar dan pada masa sama, ia satu pendedahan dan pengalaman yang cukup baik. 

"Kami bukan sahaja melepasi peringkat kumpulan, malah kami menunjukkan prestasi yang cukup baik ketika bertemu Korea Selatan dalam suku akhir," katanya lagi. 

 

Advertisement

Must Watch Video