BOLA SEPAK
Kim Swee optimis mampu hasilkan gandingan serangan terbaik
Pengendali skuad bawah 22 tahun negara, Datuk Ong Kim Swee, optimis mampu membariskan gandingan serangan ampuh untuk saingan kelayakan AFC dan Sukan SEA Kuala Lumpur
pada Julai dan Ogos depan.
Kim Swee, yang akan menerapkan formasi 3-4-3 atau 4-3-3 dalam dua tugasan itu, mengakui berpuas hati dengan aksi pemain penyerang dalam pasukan, Syafiq Ahmad, S. Kumaahran dan
Jafri Firdaus Chew.
Kim Swee berharap pemain penyerang akan terus menyerlahkan peningkatan dalam siri aksi persahabatan di China dari 8 hingga 16 Jun ini.
Iklan
"Sebagai penyerang, mereka bukan sahaja perlu menjaringkan gol, mereka juga harus segera mendapatkan keserasian untuk beraksi dengan mana-mana pemain di dalam
kesebelasan utama pasukan," katanya.
Dalam pada itu, penyerang skuad bawah 22 tahun negara, Syafiq kini semakin serasi dengan pendekatan taktikal Kim Swee.
Bagi Syafiq, pendekatan Kim Swee turut membantunya memperagakan aksi terbaik.
"Formasi 3-4-3 akan membenarkan lebih ramai penyerang dan pemain tengah untuk memberikan tekanan kepada pasukan lawan," katanya.
Must-Watch Video