Daripada enam pemain, kini tinggal dua sahaja. Itu situasi terkini mengenai skuad bawah 22 tahun (B-22) negara apabila empat pemain sudah kembali ke pangkuan pasukan masing-masing hanya sehari selepas mereka melaporkan diri untuk latihan pusat, semalam.
Menurut jurulatihnya, Datuk Ong Kim Swee, empat pemain yang meninggalkan latihan ialah Muhamad Daniel Amier Norhisham (Felda United), Irfan Zakaria (Kuala Lumpur), Adam Nor Azlin (Selangor) dan Amierul Hakimi Awang (Terengganu).
Dua pemain lain yang kekal bersama pasukan ialah Muhd Syahmi Safari dari Selangor dan pemain tengah Perak, Ahmad Khairil Anuar Zamri.
"Mereka meminta agar pemain mereka dilepaskan untuk perlawanan minggu ini dan juga aksi pada pertengahan minggu hadapan.
"Saya harus bertindak adil dan membenarkan mereka untuk beraksi dengan pasukan masing-masing tetapi perlu kembali selepas perlawanan tamat," ujar Kim Swee.
Pada hari pertama kem latihan pusat skuad B-22 negara, semalam, enam daripada 26 yang tersenarai melaporkan diri.
Ia mencetuskan kebimbangan buat Kim Swee dalam usaha membentuk skuad ampuh untuk kempen kelayakan Kejohanan B-23 Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2018 di Bangkok, Thailand pada 19-23 Julai ini.
Pemain akan melaporkan diri secara berperingkat sebelum bertemu skuad B-22 Myanmar dalam aksi persahabatan pada 13 Julai ini.
"Saya harus lihat keadaan pemain, bergantung kepada tempoh masa sewaktu turun beraksi dengan pasukan masing-masing," tambahnya.