Skip to main content

Bola Sepak

Kim Pan-gon ditunjuk jalan pulang ke Korea Selatan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

dortmund-vs-ulsan.jpg
Kelab gergasi Bundesliga, Borussia Dortmund, mengesahkan kemaraan ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia Kelab selepas mencatat kemenangan tipis 1–0 ke atas wakil Korea Selatan, Ulsan HD.

Dengan kemenangan ini, Dortmund menamatkan aksi Kumpulan F di tangga teratas dengan 7 mata, sekali gus mengelak pertembungan awal dengan kelab-kelab gergasi lain.

Perlawanan dimulakan dengan Dortmund menguasai permainan seawal minit pertama. Trio serangan yang diketuai oleh Jobe Bellingham, Felix Nmecha dan Karim Adeyemi, berkali-kali mencetuskan ancaman kepada benteng pertahanan Ulsan.

Gol tunggal perlawanan hadir pada minit ke-36 apabila Bellingham melorongkan hantaran kemas kepada Daniel Svensson yang tidak melepaskan peluang untuk menolak bola masuk dari jarak dekat. Gol itu cukup untuk memberikan Dortmund kelebihan mutlak dalam perlawanan yang sengit.

Ulsan HD gagal cetak sebarang kemenangan dalam 3 aksi kumpulan dan itu meletakkan mereka di dasar Kumpulan F. Pasukan yang bakal mengiringi Borussia Dortmund ada Fluminense yang menduduki tempat ke-2 dengan 5 mata.

Advertisement

Must Watch Video