Pengurus Manchester United, Jose Mourinho, berkata dia yakin dengan peluang pasukannya musim ini selepas memuji persembahan pemain ketika menewaskan Leicester City di Old Trafford, malam tadi.
Pemain gantian, Marcus Rashford dan Marouane Fellaini, masing-masing berjaya mencatat jaringan pada lewat permainan, sekaligus mengesahkan kemenangan 2-0 bagi meneruskan rekod bersih dengan tiga kemenangan.
United melakar 22 percubaan dalam perlawanan yang menyaksikan penyerang Belgium, Romelu Lukaku, gagal menyempurnakan sepakan penaltinya selepas diselamatkan penjaga gol, Kasper Schmeichel.
Mourinho engggan terbawa-bawa dengan prestasi semasa, namun percaya keampuhan dan keyakinan yang dipamerkan pemain adalah satu kemajuan besar berbanding musim lalu.
"Kami bermain dengan baik," Mourinho bercakap kepada BT Sport.
"Pasukan ini bermain dengan baik dan saya yakin dengan mereka. Kami selesa ketika memegang bola dan tampak berbahaya ketika melancarkan serangan balas.
"Ketika kedudukan masih 0-0, kedua-dua pasukan memiliki peluang. Pertahanan lawan cukup tersusun tetapi kami mengekalkan ketenangan dan berjaya mengawal permainan.
"Selepas terlepas sepakan penalti, kami mengekalkan keyakinan. Saya boleh katakan pasukan ini kini sudah ampuh."
"Musim lepas kami juga melakar kemenangan ke atas Leicester di laman sendiri tetapi kami mengutip banyak keputusan seri.
"Sembilan mata selepas tiga perlawanan tidak membawa makna apa-apa kerana perkara sama berlaku musim lalu.
"Apa yang berbeza, corak permainan kami lebih berkualiti. Kami bermain dengan lebih baik," tambahnya.
Rashford dan Fellaini masing-masing menyumbang gol sementara seorang lagi pemain gantian, Jesse Lingard, menjadi penyumbang gol pemain tengah Belgium itu.