SPARTAK MOSCOW 1 MARIBOR 1
Massimo Carrera mengakui keputusan mengeluarkan penggempur utama Spartak Moscow, Quincy Promes, sebagai kesilapan selepas seri 1-1 dengan Maribor dalam aksi Liga Juara-Juara, awal pagi tadi.
Promes digantikan kerana dipercayai tercedera ibu jari kaki sebaik Damjan Bohar menyumbat gol penyamaan pada minit ke-85, sekaligus memadam gol awal pelawat sumbangan Aleksandr Samedov.
"Keputusan mengeluarkan Promes adalah satu kesilapan," ujar Carrera kepada pemberita.
"Saya mahu menggantikan pemain lain tetapi Promes menunjukkan kakinya dan saya ingatkan dia berdepan masalah. Rupa-rupanya tidak."
Promes memiliki beberapa lagi peluang untuk melakukan jaringan untuk Spartak meraih kemenangan selepas lima tahun gagal layak ke Liga Juara-Juara.
Namun, Carrera tetap menyanjung pihak lawan dari Slovenia itu dengan berkata: "Kami tidak bertindak balas dengan baik selepas menjaringkan gol dan ia membawa kepada gol penyamaan itu.
"Kami sering memberikan aksi terbaik. Kami mahu menang dalam semua perlawanan. Masih ada lima perlawanan untuk diharungi dan apa sahaja boleh terjadi.
"Kami beraksi dengan rentak sendiri dan mempunyai deretan peluang untuk menjaringkan gol. Ini keputusan yang adil. Kedua-dua pasukan berhak berkongsi mata."