Skip to main content

Bola Sepak

Kerja keras bermula sekarang -- Dembele

080118dembele.jpg
Penyerang Barcelona, Ousmane Dembele, mengakui dia masih lagi gagal mempamerkan persembahan terbaik selepas tampil buat kali pertama di Nou Camp selepas berehat hampir empat bulan.

Permulaan karier Dembele di Barca terbantut apabila dihimpit  kecederaan hamstring tetapi The Catalans kelihatan tidak memiliki sebarang masalah untuk memimpin saingan LaLiga dan kehadiran Philippe Coutinho ke dalam skuad mampu membantu pemain kebangsaan Perancis itu kembali menemui sentuhannya.

Dembele berjaya menyempurnakan 100 peratus hantaran apabila kembali beraksi bersama Barca ketika meraih kemenangan 3-0 ke atas Levante.

Dan Dembele mendedahkan keyakinan mengenai persembahannya yang akan terus meningkat dalam aksi akan datang. "Saya telah bermain berdepan Celta sebelum ini, ia adalah satu perlawanan yang sukar dan ini merupakan penampilan pertama di tempat sendiri selepas berehat panjang," kata Dembele.

"Saya perlu terus bekerja keras bagi memastikan saya kembali ke tahap terbaik.

Kecederaan yang dialami Dembele memaksa dirinya berehat panjang tetapi dia menjelaskan bagaimana masa yang digunakannya dengan sebaik mungkin.

"Sukar untuk memberikan tumpuan dan saya perlu konsisten dalam proses pemulihan bagi memastikan kembali beraksi dalam tempoh yang telah ditetapkan.

"Saya menyedari kerumitan dan kesukaran yang perlu dihadapi beraksi dalam skuad ini tetapi saya menggemari falsafah permainain pasukan dan ia adalah perkara yang perlu saya pelajari."

Advertisement

Must Watch Video