Skip to main content

Bola Sepak

Keputusan Azmi letak jawatan jurulatih Felda di luar jangkaan

mohamad-nik.jpg

Keputusan Azmi Mohamed yang meletak jawatan selaku pengendali Felda United mengejutkan barisan kejurulatihan skuad The Fighters menjelang pertemuan Liga Super menentang Kelantan esok.

Sesi latihan Felda United di Jengka hari ini dikendalikan pembantu jurulatih, Mohamad Nik, yang turut memangku jawatan berkenaan.

Felda United hanya mengutip empat mata selepas tiga perlawanan dalam Liga Super setakat ini.

Menurut Mohamad, keputusan yang dibuat oleh Azmi adalah di luar jangkaan kerana bekas pengendali Johor Darul Ta'zim II (JDT II) dan skuad Piala Presiden Felda United itu tidak pernah memberi bayangan ingin meletakkan jawatan.

"Petang semalam, dia masih bersama dengan pasukan, jadi rata-rata pemain beranggapan itu keputusan jurulatih dan mereka harus menghormatinya," jelasnya.

Mohamad juga mengharapkan perkembangan ini tidak memberi kesan terhadap pemain-pemain Felda United, apatah lagi dua pertemuan penting bakal menjadi hala tuju kemampuan mereka musim ini.

Selain aksi esok, Felda United juga akan berdepan JDT untuk pusingan kedua Piala FA.

"Dua perlawanan ini amat penting bagi Felda. Ini petanda aras ke mana hala tuju Felda musim ini," katanya.

Advertisement

Must Watch Video