Maurizio Sarri tidak bimbang dengan tekanan yang mula menggunung ketika membimbing Chelsea, menegaskan ia turut dirasaikan ketika mengendalikan Napoli.
The Blues mengalami kekalahan mengejut dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) kepada Bournemouth 4-0 pada Rabu.
Terdapat sebilangan penyokong yang hadir ke Stadium Vitality melaugkan, "Anda tidak tahu apa yang anda lakukan" apabila pemain baru, Gonzalo Higuain, dikeluarkan pada pertengahan separuh masa kedua.
Bercakap menjelang aksi berdepan Huddersfield Town di Stamford Bridge malam ini, pengendali berusia 60 tahun itu menawarkan ketenangan dan mempertahankan kaedahnya serta menegaskan tidak akan mengubah corak permainan yang dibawa sewaktu mengendalikan Napoli.
Tempoh tiga tahun itu tidak menghadirkan sebarang gelaran, bagaimanapun objektif utama Chelsea adalah memastikan kejayaan mampu dicapai oleh Sarri.
"Saya tiba dari Naples. Napoli telah beraksi dalam Liga Juara-Juara dalam tiga edisi," kata Sarri.
"Saya berasakan tekanan lebih tinggi Napoli merupakan satu-satunya kelab di Naples.
Sarri menjelaskan beliau hanya tidur enam atau tujuh jam dalam dua hari selepas mengalami kekalahan kepada Bournemouth.
Di sebalik dakwaan yang mengatakan pasukan lawan sudah mula mencari jalan mengatasi taktikalnya -- skuad Eddie Howe menjadi pasukan terbaru yang berjaya merantai pergerakan Jorginho –- Sarri menjelaskan beliau tidak akan mengubah apa-apa dalam perancangannya.
"Ia bukan masalah saya," kata Sarri mengenai masa depannya bersama Chelsea. "Saya mahu kekal dengan pendekatan yang saya bawa ke dalam kelab ini.
"Saya menggemari corak permainan yang digunakan Chelsea sekarang.
"Saya berasakan tugas sebagai pengurus sentiasa melibatkan risiko dan ada sebab saya kekal dalam bidang ini. Saya berkembang maju dalam tekanan."