WEST HAM 2 WEST BROM 1
Alan Pardew akan menyiasat insiden perbalahan melibatkan Jake Livermore dengan peminat dalam kekalahan 2-1 West Brom kepada West Ham, awal pagi tadi.
Livermore, yang dinaikkan pangkat ke dalam kesebelasan utama selepas Matt Phillips mengadu kekejangan otot semasa memanaskan badan di Stadium London, digantikan oleh Hal Robson-Kanu pada minit ke-64.
Pemain tengah itu dilihat diganggu ketika melalui kawasan berhampiran penyokong West Brom sebelum terpaksa diiringi menuju ke terowong pemain.
"Satu-satunya perkara yang saya tahu, saya melihat Jake dikerumuni penyokong," katanya. "Mesti ada provokasi sehingga dia bertindak sedemikian rupa.
"Sudah tentu kami akan menyiasatnya. Saya belum berpeluang bercakap dengan Jake, saya akan bercakap dengannya dan kami akan menyiasatnya."
Baggies mendahului perlawanan menerusi usaha James McClean, namun kedudukan itu disamakan oleh tandukan Andy Carroll sebelum penyerang itu meledak gol kemenangan pada minit ke-94 untuk meninggalkan pelawat dengan kemarau kemenangan Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan 20 perlawanan.
West Brom terpaksa menjalani persiapan hanya dua hari selepas berdepan Arsenal sementara aksi terakhir Hammers adalah seminggu lalu, justeru Pardew berasakan rehat minimum telah merompak pasukannya untuk sekurang-kurangnya meraih satu mata.
"Tempoh dua hari rehat telah memberi kesan, kaki pemain-pemain terlalu berat untuk berlari dan bergelut untuk meneruskannya," katanya kepada Sky Sports. "Ia menyakitkan hati pemain-pemain. Ia satu kekecewaan dibolosi dengan jaringan sebegitu.
"Kami beraksi lebih baik pada separuh masa pertama tetapi kami mengakui terlalu kerap melepaskan bola pada babak kedua.
"Agak malang kami kehilangan Matty Phillips ketika memanaskan badan, mujur kami mempunyai pemain yang boleh diharapkan.
"Saya cuba menyegarkan sesuatu tetapi sukar dan mereka mempunyai lebih banyak tenaga berbanding kami dan ia terbukti," tambahnya.