LEVANTE 1 REAL MADRID 2
Santiago Solari gembira dengan tindak balas Gareth Bale selepas dipinggirkan dengan mengatakan pemain sayap Real Madrid berkenaan beraksi dalam "kemarahan" ketika menyumbang kemenangan perlawanan.
Bale sekadar memanaskan bangku simpanan dalam dua perlawanan berturut-turut manakala ketika menentang Levante di Ciutat de Valencia awal pagi tadi, dia dimasukkan bagi menggantikan Karim Benzema -- yang meledak penalti untuk gol pembukaan permainan hasil rujukan video bantuan pengadil (VAR) -- tatkala Madrid cuba meningkatkan serangan selepas kelebihan mereka dipadamkan oleh jaringan Roger.
Madrid dihadiahkan penalti kedua -- juga melalui VAR -- dan Bale sendiri mengambil tugasan dari jarak 12 ela itu tetapi mempamerkan riak kecewa ketika meraikan jaringan tersebut di samping rakan sepasukannya, seolah-olah tidak berpuas hati dengan peranannya yang terhad.
Solari tidak mempunyai masalah dengan tindakan Bale itu, sebaliknya gembira kerana anak buahnya itu mencipta impak dari bangku simpanan.
"Dia kelihatan gembira di bilik persalinan kerana dia menjaringkan gol," kata Solari tentang Bale dalam sidang berita. "Saya suka melihat tindak balasnya apabila dimasukkan dan bermain dalam keadaan marah.
"Dia memenangi permainan untuk kami dan melaksanakan tugasnya dengan hebat. Saya fikir dia mempamerkan permainan yang hebat."
Berkenaan cara Bale menyambut jaringannya, Solari menambah: "Anda (media) mempunyai lebih banyak mata daripada saya. Apa yang saya lihat adalah kerja kerasnya di atas padang.
"Dia memberikan kami kemenangan. Jika anda menjaringkan gol, anda boleh meraikannya seperti yang diinginkan."
Biarpun prestasi pasukannya tidak begitu memuaskan, Solari melihat banyak aspek positif.
"Kami fokus kepada perkara positif," katanya. "Itulah cara kami berusaha dalam perlawanan ini. Ia perlawanan yang sangat rumit tetapi kami beraksi dengan sangat serius.
"Kami boleh menjaringkan gol awal menerusi Vinicius (Junior) dan mencatat kemenangan yang lebih besar."