Vietnam melakar kemenangan dramatik 3-2 ke atas Filipina dalam aksi Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia di Stadium My Dinh di Hanoi.
Kemenangan tersebut terus menghidupkan peluang Vietnam mara ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia, ketika mereka hanya ketinggalan satu mata di belakang Indonesia.
Kedua-dua pasukan memulakan permainan dengan intensiti tinggi. Vietnam mencipta beberapa peluang, dengan Do Hung Dung menguji penjaga gol Filipina, Neil Etheridge pada awalnya dengan rembatan jarak jauh. Walaupun banyak mengawal permainan, Vietnam bergelut untuk menembusi pertahanan Filipina.
Filipina kelihatan berbahaya ketika melancarkan serangan balas. Patrick Reichelt mempunyai peluang keemasan untuk menjaringkan gol pada minit ke-41 namun gagal menemui jaringan dan separuh masa pertama berakhir tanpa jaringan.
Perlawanan semakin rancak dalam separuh masa kedua -- Filipina menjaringkan gol pertama pada minit ke-62 apabila Reichelt menewaskan pertahanan Vietnam sebelum mengatasi penjaga gol, Dang Van Lam. Gol itu mengejutkan penyokong tuan rumah dan memberi tekanan kepada Vietnam untuk bertindak balas.
Vietnam tidak mengambil masa yang lama untuk menyamakan kedudukan. Pada minit ke-65, Nguyen Van Toan memecah perangkap ofsaid sebelum mencari Tien Linh yang bertindak sebagai penjaring untuk menyamakan kedudukan 1-1.
Vietnam terus mengasak ke hadapan dan ia membuahkan hasil apabila umpanan pemain gantian, Phan Tuan Tai menemui Tien Linh, yang menanduk masuk gol keduanya dalam perlawanan itu untuk Vietnam mendahului 2-1.
Filipina berjaya menyamakan kedudukan semula menerusi Reichelt namun tuan rumah berjaya memastikan kemenangan menerusi Tuan Hai.
Iraq, yang mengatasi Indonesia 2-0, menjadi halangan terakhir Vietnam dalam saingan Kumpulan F.