Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Chinese Taipei bukan lawan Malaysia, kita perlukan jaringan besar -- Subramaniam

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

malaysia.jpg
Tiada masalah untuk menang, tugasan skuad Kim Pan-gon lebih teruji dengan pencarian jumlah jaringan yang besar.

Itu yang menjadi tumpuan utama bagi pengananalisa bola sepak negara, S. Subramaniam, menjelang pertemuan dengan Chinese Taipei saingan Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia Selasa ini.

Subramaniam tidak teragak-agak untuk meletakkan Malaysia dalam situasi dominan berbanding Chinese Taipei yang gagal cetus bahaya di gawang skuad negara dalam aksi pertama tahun lalu.

"Chinese Taipei bukan lawan kita. Kemenangan bukan sukar namun jaringan besar yang diperlukan ketika ini. Halangan Malaysia adalah kita tanpa pemain utama," katanya menerusi Nadi Weekend.

Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Taipei Municipal dalam tempoh 90 minit perlawanan sepenuhnya didominasi Malaysia, namun gagal mencetak jaringan jadi punca Malaysia terpaksa berpuas hati dengan hanya kemenangan tipis.

Advertisement

Must Watch Video