Ketua jurulatih Korea Selatan, Hong Myung-bo, menempelak Bayern Munich selepas Kim Min-jae terpaksa menarik diri daripada skuad negaranya.
Min-jae perlu disisihkan skuad Korea Selatan untuk menghadapi perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Oman dan Jordan gara-gara masalah tumit.
Myung-bo, bagaimanapun, percaya kegigihan Bayern telah memburukkan lagi kecederaan itu.
Pertahanan itu tidak membuat penampilan Bundesliga sepanjang bulan ini, namun terpaksa beraksi dalam kedua-dua perlawanan pusingan 16 Liga Juara-Juara (UCL) membabitkan Bayer Leverkusen.
"Malangnya, Bayern Munich tidak melindungi pemain dengan tepat bagi mengelakkan kecederaan jadi kami akhirnya berada dalam situasi ini, iaitu perlu menghadapi perlawanan penting ini tanpa pemain utama," kata jurulatih itu kepada pemberita.
"Hanya kerana perlawanan itu penting tidak bermakna ia satu tindakan tepat menurunkan Min-jae. Terdapat tanda amaran sejak tahun lalu dan kami menyedari situasinya sepenuhnya.
"Kami tidak dapat menurunkan Kim Min-jae untuk perlawanan penting ini kerana ia akan bertentangan dengan prinsip kami dalam usaha melindungi pemain.
"Maka kami memutuskan untuk merehatkannya."

?️ ??????? ??????? ?? ?????? ?
— FC Bayern (@FCBayernEN) March 14, 2025
"He's got problems with his Achilles, which was known already. It's now about managing his workload. We need to make sure we don't overwork him. Hopefully it's not too concerning."#FCBayern #MiaSanMia | ? #FCUFCB pic.twitter.com/duQJWBDeCb