Skip to main content

Bola Sepak

Kelayakan Piala Asia: SOP Stadium Nasional mungkin sudah lapuk

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

stadium-bukit-jalil.jpg
Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) mempertahankan tindakan komisioner perlawanan yang mengekalkan waktu sepak mula Malaysia menentang Bahrain sabtu lalu yang dicemari kontroversi akibat hujan.

Setiausaha Agung AFC, Datuk Seri Windsor John, menganggap masalah itu tidak boleh tuding kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), sebaliknya mempersoalkan prosedur operasi standard (SOP) Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) berhubung tindakan menangani situasi tidak dijangka di Stadium Nasional, Bukit Jalil itu. 

"Padang cantik, rumput cantik bukan masalah pengadil. Pengadil (cuma) ikut arahan garisan padang kelihatan, bola boleh bergerak itu sahaja. 

"Komisioner perlawanan pula memastikan tiada petir ketika hujan, jadi kalau ada petir maka dia boleh menangguhkan perlawanan. semuanya sudah dibayar untuk hak penyiaran termasuk Malaysia sendiri.

"Jadi itu menjadi satu tanggungjawab untuk memulakan perlawanan pada masa yang ditetapkan. Tidak tangguh perlawanan sesuka hati, kami perlu mengikut masa yang ditetapkan, itu disiplin sesuatu perlawanan. 

"Kami tiada masalah untuk stadium (PSM) menangguhkan perlawanan tapi apa perbezaannya untuk sepak mula.

"Ia telah diambil kira komisioner dan pengadil perlawanan, mereka tidak melihat ada perubahan besar," katanya ketika ditemui di Bukit Jalil hari ini. 

 

Malaysia tewas 1-2 dalam perlawanan keempat Kumpulan E yang berlangsung di venue sama itu dan akibat padang yang rosak teruk, AFC tidak teragak-agak untuk menafikan penganjuran perlawanan di gelanggang tersebut hingga masalah berkenaan diselesaikan. 

Namun, Windsor berpendapat langkah proaktif patut diambil kerana patut sudah sedia maklum dengan senario hujan di negara ini, misalnya penggunaan kanvas yang boleh mengelakkan air daripada bertakung.

"Hujan masih turun ketika mereka membuat keputusan itu iaitu 20 minit sebelum sepak mula, tiada siapa boleh jamin hujan akan berhenti dan padang akan menjadi lebih baik. 

"Kalau cuaca buruk, apakah langkah seterusnya yang akan diambil untuk membantu menyediakan padang  dengan secepat mungkin supaya pemain boleh meneruskan permainan. 

"Kalau sudah tahu hendak hujan, mana dia senarai SOP, (adakah) tunggu sahaja hujan turun dan air (bertakung) keluar secara automatik, saya rasa cara lamalah. 

"AFC dan FAM cuma bertanggungjawab sebelum perlawanan, padang adalah tanggungjawab tuan punya padang."

Kredit imej: @theaseanball


 




Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PSM, Faidz Sanusi, berkata pihaknya akan memastikan perkara itu tidak akan berulang lagi di masa hadapan.

Tambahnya, hujan lebat yang berterusan selama beberapa jam ditambah pula dengan perlawanan awal yang tamat kurang dua jam untuk perlawanan kedua tidak membantu padang untuk berada di tahap optimum. 

Berkenaan dengan gambar tular yang menunjukkan beberapa kakitangan stadium cuba menolak air keluar padang menggunakan penyodok sampah , Faidz yang baru saja mengemudi PSM sejak Mac lalu berjanji aksi sebegitu juga tidak akan dilihat lagi.


 

Advertisement

Must Watch Video