Skip to main content

Bola Sepak

Kelayakan Euro 2024: England hilang khidmat Grealish, Alexander-Arnold

england.jpg
Pemain tengah Manchester City, Jack Grealish, dan pertahanan sayap Liverpool, Trent Alexander-Arnold, tidak dapat bersama England bagi perlawanan kelayakan Euro 2024 menentang Ukraine dan aksi persahabatan menentang Scotland bulan ini.

Persatuan Bolasepak England (FA) mengesahkan bahawa kedua-dua pemain berkenaan telah mendaftar diri di St George Park awal pagi tadi.

Bagaimanapun, mereka terpaksa disisihkan selepas pemeriksaan kecederaan yang dijalankan sebaik tiba di kem latihan itu.

An update from the #ThreeLions camp, as @TrentAA and @JackGrealish withdraw following checks on injuries.

Speedy recovery, lads! ?
— England (@England) September 4, 2023

Tiada pemain tambahan akan dipanggil ke kem berkenaan dengan pertahanan Newcastle United, Kieran Trippier, dijangka akan tiba esok berikutan komitmen peribadi yang perlu diselesaikannya.

England akan berdepan Ukraine di Wroclaw hujung minggu ini sebelum bertemu Scotland di Glasgow pada 12 September ini.

Advertisement

Must Watch Video