Skip to main content

Bola Sepak

Kelantan terus ditimpa malang

kelantan-logo.jpg
Melaka United mencatat kemenangan kedua liga musim ini selepas menewaskan Kelantan 2-0 di Stadium Sultan Mohammad IV, malam ini.

Kedua-dua gol dijaringkan penyerang sensasi mereka, Ilija Spasojevic, masing-masing pada minit ke-60 dan 90 untuk membawa Melaka naik dua anak tangga ke tangga ketujuh.

Ia kekalahan ketiga berturut-turut Kelantan selepas tewas kepada PKNP menerusi penentuan sepakan penalti dalam pusingan kedua Piala FA dan kalah 0-1 kepada Kedah dalam perlawanan Liga Super, Sabtu lalu.

Serta-merta, ia melontarkan persoalan sama ada Kelantan kembali dilanda krisis dengan desas-desus gaji pemain yang tidak berbayar.

Dalam saingan Liga Perdana yang turut berlangsung malam ini, Kuantan FA menewaskan UiTM 3-1 manakala PKNP menewaskan Terengganu 4-2.

Pemain import kelahiran Korea Selatan, Shim Un-seob, menjaringkan dua gol selain satu gol daripada Abdul Malik Mat Ariff untuk Kuantan sementara gol tunggal UiTM disumbang Akanni-Sunday Wasiu.

Di Kuala Terengganu, Shahrel Fikri, Ritus Krjauklis dan Vincent Weijl menyenaraikan nama masing-masing selaku penjaring buat PKNP.

Pasukan tuan rumah, Terengganu, memperoleh gol hasil jaringan Issey Morgan Nakajima dan Federico Falcone. 

Advertisement

Must Watch Video