Skip to main content

Bola Sepak

Kejuaraan Serie A keenam keutamaan kami -- Allegri

juventus-would-be-legends-allegri-prioritises-sixth-straight-scudetto.jpg

Massimiliano Allegri telah menyuarakan bahawa menjuarai Serie A buat kali keenam berturut-turut merupakan keutamaan buat Juventus musim ini.

Juve mendahului liga dengan perbezaan tujuh mata selepas meraih kemenangan 2-0 ke atas Cagliari, dengan penyerang, Gonzalo Higuain, muncul sebagai watak utama selepas meledak kedua-dua gol perlawanan.

Allegri kecewa kerana pasukannya gagal menjaringkan lebih banyak gol -- terutama kerana Cagliari terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila Nicolo Barella dibuang padang.

Bagaimanapun, beliau memberitahu tiga mata penuh adalah perkara yang penting dalam misi untuk merakamkan kejayaan meraih takhta liga buat kali keenam berturut-turut -- sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana pasukan di Itali.

"Ia merupakan keutamaan kami musim ini, Scudetto keenam buat kami," kata Allegri.

"Kami akan mengambil satu perlawanan demi satu perlawanan, saya berpendapat aksi Liga Juara-Juara (UCL) juga penting dan kami mahu turut cuba memenanginya."

Advertisement

Must Watch Video