Hanya kemenangan dalam aksi terakhir peringkat Kumpulan B berdepan Myanmar, Jumaat ini, akan memastikan skuad B-22 tahun negara melangkah ke separuh akhir Kejohanan AFF B-22 Tahun, sekali gus mencapai sasaran yang telah ditetapkan.
Malaysia dua kali ketinggalan menerusi jaringan Marinus Wanewar dan Witan Sulaeman tetapi skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee itu bangkit memastikan satu mata diraih menerusi jaringan Nik Akif Syahiran Nik Mat dan Hadi Fayyadh Abdul Razak di Stadium Nasional Kemboja, petang tadi.
Meskipun memastikan Malaysia tidak pulang tangan kosong, mereka tetap berasakan kemenangan adalah realistik dalam memastikan peluang mereka melangkah ke separuh akhir.
Usai dua perlawanan, skuad negara memperoleh satu mata dan hanya tiga mata selepas aksi terakhir peringkat kumpulan menentang Myanmar berupaya menyelamatkan kempen Malaysia di Phnom Penh.
"Saya sangat bersyukur kerana berjaya menjaringkan gol dalam memastikan Malaysia sekurang-kurangnya meraih satu mata dalam perlawanan ini," kata pemain tengah skuad negara, Nik Akif.
"Pemain-pemain telah memberikan komitmen terbaik walaupun ketinggalan dua kali sebelum bangkit menjaringkan dua gol dalam perlawanan ini," kata penyerang negara, Hadi Fayyadh.