Ketua jurulatih skuad B-23 negara, Datuk Ong Kim Swee, berharap laluan berliku pasukannya sepanjang persiapan menjelang Kejohanan AFF B-22 kali ini terbayar dengan prestasi membanggakan dalam mengharungi saingan peringkat Kumpulan B, bermula Isnin ini.
Kim Swee sudah melupakan segala penat-lelah dalam mengumpulkan barisan pemain terbaik dalam kem latihan pusat sebelum ini dan hanya menantikan sepak mula kejohanan berdepan tuan rumah, Kemboja, Isnin ini.
Cabaran yang dilalui sepanjang fasa persiapan dengan ketiadaan lima pemain yang tidak mendapat pelepasan daripada pasukan masing-masing nyata menjadi bebanan buat jurulatih itu yang perlu merangka perancangan baru.
Sudah lali dengan situasi itu, Kim Swee mahu anak buahnya meninggalkan segala tekanan di tanah air untuk membawa harapan negara dalam kejohanan itu.
"Ia perkara biasa bagi saya memandangkan ia sudah berlaku banyak kali sebelum ini.
"Apa yang penting, pemain akan mendapatkan pendedahan awal dan membuktikan mereka mampu beraksi dengan lebih baik di peringkat antarabangsa," katanya.
Skuad negara berlepas ke Kemboja hari ini dengan kehadiran dua pemain yang dipanggil pada saat-saat akhir, iaitu Danish Haziq Saipul Hisham dan K. Thivandaran bagi melengkapkan senarai 23 pemain.