Skip to main content

Bola Sepak

Kejohanan AFC B-23: Safawi sasar aksi lebih positif

malaysia-b-23_1.jpg
Penyerang negara, Safawi Rasid, bertekad mengerah segala kudratnya tatkala penyerang Jordan, Baha' Faisal Mohammad Seif, enggan memberi ihsan kepada lawan menjelang pertemuan kedua-dua pasukan bagi perlawanan kedua Kumpulan C, Kejohanan AFC B-23, esok. 

Safawi adalah antara pemain negara yang menyerlah dalam perlawanan sulung bertemu Iraq, kelmarin. 

Ia menerusi keyakinan pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) itu melakukan percubaan ke pintu gol lawan sebelum menerjah gawang Iraq untuk gol tunggal skuad negara dalam pertemuan itu. 

Muncul pemain pertama negara yang merekodkan jaringan dalam kejohanan terbabit, kelibat Safawi kini ditagih berdepan Jordan. 

"Saya akan memberikan aksi terbaik esok. Saya harap pasukan turut sama mempamerkan aksi terbaik. 

"Saya mahu meraih keputusan positif," katanya. 

Ketika Safawi berikrar membantu skuad negara meraih keputusan positif, Baha' Faisal juga menyuarakan keazaman yang sama untuk pasukannya, Jordan. 

Meledak dua gol ketika bertemu Arab Saudi tempoh hari, penyerang berusia 23 tahun itu enggan pasukannya kempunan meraih kemenangan berdepan Malaysia di Stadium Changshu, petang esok. 

"Insya-Allah, saya akan lakukan yang terbaik dan persiapan kami juga untuk pertemuan dengan Malaysia berjalan lancar, jadi saya mengharapkan saya dapat menjaringkan gol untuk membantu pasukan memenangi perlawanan," katanya. 

Advertisement

Must Watch Video