Jurulatih skuad bola sepak bawah 23 tahun negara, Datuk Ong Kim Swee, tidak menafikan faktor nasib tidak menyebelahi pasukannya selepas seri 1-1 menentang Jordan dalam perlawanan kedua Kumpulan C, Kejohanan AFC B-23 di Stadium Changshu, semalam.
Malaysia tampak lebih berhak untuk memenangi perlawanan apabila beraksi cemerlang pada babak kedua, dengan mendominasi perlawanan dan dihidangkan dua peluang keemasan.
Namun, tiang menjadi penghalang percubaan Muhammad Akhyar Abdul Rashid pada minit ke-65 dan rembatan Matthew Davies pada minit ke-72.
"Sudah tentu ia melibatkan nasib. Anda boleh lihat Akhyar, Davies dan semua pemain bekerja keras. Pada akhirnya, dua peluang tidak dapat disudahkan," kata Kim Swee.
Terdahulu, skuad negara bangkit menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti Muhammad Safawi Rasid tiga minit sebelum rehat.
Sementara itu, ketiadaan penyerang utama, Baha' Faisal Mohammad Seif, diakui memberi kesan kepada persembahan skuad Jordan.
Baha' Faisal yang meledak dua gol ketika aksi pertama digantung dua perlawanan kerana bertindak kasar terhadap pengadil dalam perlawanan menentang Arab Saudi, Rabu lalu.
"Keputusan hukuman telah dibuat ke atasnya dan ia jelas menjejaskan kemampuan kami untuk menjaringkan gol.
"Seperti yang anda saksikan, perlawanan ini agak berbeza," kata jurulatih Jordan, Iain Richard Brunskill.
Keputusan 1-1 menempatkan Malaysia di tangga keempat Kumpulan C dengan satu mata, manakala Iraq yang turut terikat 0-0 menentang Arab Saudi masih mendahului carta dengan empat mata.
Jordan, yang berkongsi dua mata bersama Arab Saudi, berada di tempat kedua.