Penyerang skuad bawah 23 tahun negara, Muhammad Akhyar Abdul Rashid, mengakui sedikit kecewa kerana gagal memastikan tiga mata buat pasukannya selepas seri 1-1 dengan Jordan dalam aksi kedua Kumpulan C, Kejohanan AFC B-23 di Stadium Changshu, semalam.
Dalam perlawanan itu, rembatan pemain muda Kedah berkenaan hampir menerjah gawang lawan pada minit ke-65, namun percubaannya dinafikan tiang gol.
"Saya berasa sangat-sangat kecewa. Kalau jaringan itu berlaku, kami boleh mendahului perlawanan 2-1 dan situasinya mungkin lain. Tetapi nak buat macam mana, tiada rezeki," katanya.
Kelibat Akhyar yang menggantikan tempat N. Thanabalan dalam kesebelasan utama memberi impak berbeza kepada persembahan skuad muda negara.
Menerusi kelincahannya mencipta gerakan berbahaya ke kubu lawan, pemain berusia 19 tahun itu turut muncul pencetus penalti yang diraih pada minit ke-39.
"Saya dan rakan sepasukan memberikan 100 peratus untuk perlawanan itu. Terima kasih kepada jurulatih kerana memberikan peluang kepada saya.
"Saya juga mahu merakamkan penghargaan kepada penyokong yang terus memberikan semangat kepada kami," katanya lagi.