Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Kejohanan AFC B-16: Malaysia bersama Jepun, Thailand

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

malaysiab-16.jpg
Skuad muda negara berdepan laluan berliku selepas diundi bersama Jepun, Thailand dan Tajikistan dalam Kumpulan A, Kejohanan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) B-16 pada September ini.

Malaysia, yang juga merupakan tuan rumah edisi ke-18 ini, diletakkan secara automatik dalam Kumpulan A bersama tiga pasukan itu selepas selesai majlis undian di Rumah AFC, Bukit Jalil, sebentar tadi. 

Untuk rekod, Jepun merupakan juara dua kali bagi edisi 1994 dan 2006 manakala gergasi Asia Tenggara, Thailand, pula pernah dinobat juara pada 1998.

Tajikistan, yang mungkin dilihat pasukan paling lemah dalam kumpulan itu, bagaimanapun, pernah meraih tempat ketiga pada 2006.

Pencapaian terbaik skuad muda negara dalam kejohanan itu adalah dalam suku akhir edisi empat tahun lalu.

Kumpulan A 
Malaysia 
Jepun
Thailand
Tajikistan

Kumpulan B
Korea Utara
Oman 
Yemen
Jordan

Kumpulan C
Iran
Vietnam
India
Indonesia

Kumpulan D
Iraq
Korea Selatan
Australia
Afghanistan
 

Advertisement

Must Watch Video