Skip to main content

Bola Sepak

Kejayaan di Kemboja hanya permulaan buat Indonesia -- Indra

indra-sjafri.jpg
Skuad B-22 Indonesia menganggap kejayaan mereka bergelar juara Kejohanan AFF B-22 sebagai langkah kanan sebelum mengharungi dua kempen penting tahun ini, termasuk misi memenangi pingat emas dalam Sukan SEA Filipina.

Seperti Malaysia, Indonesia juga mengimpikan kelayakan secara merit ke Kejohanan AFC B-23 2020 di Bangkok, Thailand.

Ia tanpa mengecualikan impian mereka untuk memenangi ibu segala emas dalam Sukan SEA yang kali terakhir dinikmati mereka pada 1991.

"Untuk Sukan SEA nanti, kami akan diperkuatkan kembali dengan tiga pemain utama yang tidak dapat beraksi dalam kejohanan ini.

"Saya yakin kami mampu untuk menamatkan kemarau pingat emas sejak tahun 1991," kata ketua jurulatih skuad B-22 Indonesia, Indra Sjafri.

Indonesia muncul juara Kejohanan AFF B-22 hasil kemenangan 2-1 ke atas Thailand dalam final di Stadium Olimpik Phnom Penh kelmarin meskipun terlebih dahulu ketinggalan.

"Sejak dari awal lagi, saya sudah mempunyai keyakinan bahawa pasukan kami akan bergelar juara.

"Ia kerana pasukan kami mempamerkan peningkatan dalam setiap perlawanan," tambahnya.
 

Advertisement

Must Watch Video