Ketua jurulatih UiTM FC, Ismail Zakaria, optimis mampu menambah tiga mata di halaman sendiri selepas kehadiran penyerang import, Zarko Korac, menjelang aksi Liga Perdana menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) II malam ini.
Selepas penyerang dari Montenegro itu mempamerkan persembahan terbaiknya dalam aksi menentang Negeri Sembilan sebelum ini, Ismail meletakkan kepercayaan kepada Korac untuk memperbaiki kedudukan UiTM dalam liga.
Mereka kini berada di kedudukan keempat, namun harus mencatatkan kemenangan untuk meletakkan skuad itu di kedudukan yang selesa kerana berkongsi mata dengan pasukan lawan.
Ismail mengakui JDT II mempunyai barisan pemain berpengalaman, namun ia tidak mematahkan semangat anak buahnya untuk memberi penampilan terbaik.
"Korac diturunkan dalam babak kedua ketika berdepan Negeri Sembilan dan dia menunjukkan prestasi yang baik dan menyumbat gol serta dua bantuan jaringan. Jadi, saya lihat penampilan pertamanya bagus dan diharapkan ia diteruskan," katanya.
Sementara itu, Ismail turut meletakkan kepercayaan kepada Mohd Faizal Mohd Alif yang mengisi kekosongan posisi pertahanan selepas Mohd Zulkhairi Zulkeply mengalami kecederaan dalam perlawanan sebelum ini.
"Tiada masalah kerana kami ada pemain lain untuk mengisi posisi dia. Saya yakin penggantinya akan bermain lebih baik."