Aksi yang sempurna selama 60 minit pertama. Itu kesimpulan paling tepat melibatkan aksi kedua Liga Super membabitkan Perak dan Kedah semalam apabila berkesudahan dengan keputusan seri 1-1.
Isu kecederaan yang dialami pengadil perlawanan, Hamdan Awang, membunuh momentum perlawanan dalam aksi rancak melibatkan dua pasukan pilihan saingan Liga Super itu.
Stadium Perak sepatutnya melewati aksi menarik yang jelas apabila kedua-dua pasukan memiliki kualiti di setiap bahagian.
Perak yang masih belum meraih sebarang mata turun beraksi di laman sendiri hingga menyuntik semangat luar biasa barisan kendalian Mehmet Durakovic itu.
"Kedah merupakan pasukan pilihan dan kami sangat gembira kerana meraih satu mata berdepan mereka. Saingan musim ini masih panjang dan kami masih boleh mengejar pasukan-pasukan lain," kata Durakovic.
Begitu juga Kedah yang mahu meneruskan langkah kanan mereka terpaksa akur bahawa momentum pemain yang terencat menjadi punca hasrat mengutip tiga mata tidak berlaku.
"Kami belum tewas dalam dua perlawanan tetapi ia tidak bermakna kami tidak berpuas hati. Kami harus menyedari setiap pasukan bekerja keras untuk meraih kemenangan dan Kedah harus melakukan lebih lagi," kata jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak.