Skip to main content

Bola Sepak

Kecederaan lutut ranapkan peluang Halstenberg ke Piala Dunia

marcel-halstenberg_1.jpg
Peranan Marcel Halstenberg dalam Piala Dunia Russia berada dalam keraguan selepas RB Leipzig mengesahkan pertahanan itu mengalami koyakan di bahagian ligamen lututnya.

Bek kiri itu mendapat panggilan pertamanya bersama Jerman pada November lalu apabila tampil dalam aksi sulung menentang England dalam aksi persahabatan di Wembley.

Halstenberg tersisih sejak bulan lalu berikutan tangannya patah di tiga bahagian ketika berusaha merobek gawang Hertha Berlin.

Pemain berusia 26 tahun menerima perkhabaran lebih buruk apabila peluangnya untuk ke Russia pada musim panas nanti hampir tertutup rapat akibat masalah lutut terbarunya itu. 

"Ligamen lutut pemain pertahanan, Marcel Halstenberg, telah terkoyak dan bakal terlepas aksi selama beberapa bulan," kata Leipzig dalam satu kenyataan yang disiarkan di media sosial.

"Dia akan menjalani pembedahan tidak lama lagi, kami akan sentiasa menyokong anda semasa proses pemulihan, Halste!"

Advertisement

Must Watch Video