Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menafikan cuci tangan apabila Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) bakal diserahkan kepada badan induk Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Selepas dilancarkan pada 10 April 2014, KBS beranggapan projek yang pernah digelar sebagai projek nasional ini perlu berada dalam saluran yang tepat.
Akademi Mokhtar Dahari (AMD) yang merupakan sebahagian daripada Program NFDP beroperasi di bawah tanggungjawab KBS dan Majlis Sukan Negara (MSN) sejak 11 tahun lalu, akhirnya bakal diubah acuan pentadbirannya.
Perkara ini perlu melewati perbincangan melibatkan KBS, FAM dan MSN.
"Apabila bercakap tentang pembangunan sukan di peringkat akar umbi, itu mesti diusahakan persatuan sukan kebangsaan iaitu FAM.
"Kami telah bermesyuarat banyak kali untuk pastikan FAM memainkan peranan penting dalam NFDP. Infrastruktur AMD memang di bawah Majlis Sukan Negara (MSN), tetapi perbincangan sekarang adalah macam mana FAM boleh mempunyai tanggungjawab yang lebih besar dalam usaha ini.
"Kita (KBS) bukan nak cuci tangan atau lepas begitu sahaja, perlu ada transisi.
"Perbincangan belum dimuktamadkan tetapi telah bermula," katanya.
Pengurusan kewangan dan bajet AMD juga difahamkan bakal diserahkan kepada FAM, namun Hannah menegaskan bahawa tiada kepastian penuh lagi berhubung perkara ini.
"NFDP dengan KBS akan muktamadkannya mungkin pada akhir tahun ini," katanya.