Pengurus Chelsea, Maurizio Sarri, berkata N'Golo Kante tidak dapat digunakan dengan sebaik-baiknya di posisi pemain tengah bertahan kerana pemain itu tidak dapat melakukan hantaran pantas.
Salah satu perubahan pertama yang dilakukan Sarri ketika mengambil alih skuad The Blues itu adalah dengan membawa masuk pemain tengah bertahan, Jorginho, daripada Napoli dan mereka berjaya menewaskan Manchester City selepas kemasukan pemain kebangsaan Itali itu.
Pada awalnya, ia kelihatan baik buat Chelsea dan Jorginho, namun tekanan mula dirasai pemain tengah kelahiran Brazil itu untuk terus beraksi seperti mana yang diharapkan Sarri.
Kehadiran Jorginho bermakna Kante -- yang sebelum ini merupakan tonggak di posisi pemain tengah bertahan -- ditolak ke posisi yang lebih ke depan.
Sarri enggan menurutkan kemahuan penyokong yang menuntut Kante kembali beraksi di belakang dengan menjelaskan pemain kebangsaan Perancis itu tidak bersesuaian dengan peranan yang diperlukannya di bahagian itu.
Apabila diingatkan Kante pernah memenangi dua kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan Piala Dunia (dengan Perancis) dengan beraksi di posisi tengah bertahan, Sarri berkata: "Ia di bawah sistem yang berbeza. Ia bergantung kepada bagaimana anda melihat bola sepak.
"Saya mahukan seseorang yang boleh menggerakkan bola dengan pantas dan ia bukan kebolehan terbaik N'Golo.
"N'Golo amat berguna kepada kami, namun itu bukan perwatakannya," katanya.
Sarri berkata demikian ketika ditemui dalam sidang media pra-perlawanan menentang Malmo dalam pusingan 32 Liga Europa, dengan Pedro, Davide Zappacosta dan Kepa Arrizabalaga berkemungkinan tidak dapat diturunkan kerana tidak cergas.
Chelsea memenangi perlawanan pertama 2-1 menjelang aksi timbal balik di Stamford Bridge itu, awal pagi esok.