Sergio Ramos berkata dia bukanlah seorang peminat terhadap perubahan sambil kapten Real Madrid itu mempertahankan ketua jurulatih, Zinedine Zidane, selepas musim buat kelab itu menjadi bertambah buruk.
Kempen Madrid terus merudum selepas dikejutkan dengan kekalahan 2-1 kepada Leganes dalam suku akhir kedua Copa del Rey di Santiago Bernabeu awal pagi tadi untuk agregat 2-2 tetapi tersingkir gara-gara peraturan gol di tempat lawan.
Kekecewaan terbaru itu menambah tekanan terhadap Zidane, yang berdepan masa depan tidak menentu, dengan Madrid terpisah 19 mata daripada Barcelona yang terus unggul di singgahsana LaLiga.
“Saya bukanlah seorang peminat terhadap perubahan,” kata Ramos selepas perlawanan.
“Kami adalah yang pertama akan mempertahankan Zidane."
Leganes tampil selaku pasukan pertama dalam sejarah Copa untuk menyingkirkan juara Sepanyol dan Eropah, Madrid, di Bernabeu selepas tewas perlawanan peringkat pertama.
Madrid, bagaimanapun, masih berpeluang dalam Liga Juara-Juara, dengan bersiap-sedia menghadapi gergasi Perancis, Paris Saint-Germain (PSG).
“Untuk tersingkir dalam Copa del Rey adalah satu kegagalan,” kata bek tengah antarabangsa Sepanyol, Ramos.
"Ini adalah masa yang sukar tapi kami perlu bersatu dan tidak mengorbankan musim yang masih berbaki.
"Anda perlu belajar daripada detik-detik yang buruk. Kami semua bertanggungjawab dan berharap keadaan ini akan memanfaatkan kami pada masa depan. Kami masih mempunyai Liga Juara-Juara,” katanya.