Skip to main content

Bola Sepak

Kami menang dengan lapan pemain -- Montella

bologna-0-ac-milan-1-nine-man-visitors-stop-the-rot-with-stunning-victory.jpg
BOLOGNA 0 AC MILAN 1

Vincenzo Montella menyanjung usaha anak buahnya yang merakamkan kemenangan dramatik 1-0 ke atas Bologna dengan sembilan pemain sambil memuji pemain gantian, Andrea Poli, yang mengharungi perlawanan dalam kesakitan. 


Mario Pasalic menjaringkan gol tunggal perlawanan seminit sebelum tamat masa sebenar perlawanan menerusi umpanan Gerard Deulofeu untuk pelawat menamatkan rentetan empat perlawanan dengan gaya dramatik. 

Kejayaan itu hadir selepas Gabriel Paletta dilayangkan kad pada separuh masa pertama dan jejaknya dituruti Juraj Kucka ketika perlawanan belum berusia sejam lagi. 

Poli yang masuk menggantikan Carlos Bacca kerana rombakan taktikal berikutan kad merah yang dilayangkan ke atas Kucka, menggegar jaringan sekalipun menderita kecederaan lutut ketika permainan berbaki 12 minit.

"Saya mahu memuji Andrea Poli kerana dalam detik sukar dan genting, dia tetap membantu rakan sepasukannya," kata Montella kepada Sky Italia.

"Dia masuk dan memberikan sumbangan, kemudian dia turut ditimpa kecederaan. Secara dasarnya, kami hanya bermain dengan lapan dan separuh pemain. Tapi dia bekerja keras dan saya mahu memujinya secara berseorangan. 

"Sukar untuk menyembunyikan emosi saya selepas gol itu selepas mengharungi perlawanan seperti ini. 

"Ia kemenangan yang hebat dan lebih bernilai daripada tiga mata, ia membuktikan pasukan ini memiliki semangat dan teratur. 

"Kami membuktikan bahawa semangat ini ada dalam diri kami dan kejayaan ini diraih hasil daripada kesungguhan."

Montella turut menegaskan, mereka tidak berdepan krisis dan masalah utama mereka adalah kecederaan dan kekalahan yang aneh dan berturut-turut.

Advertisement

Must Watch Video