Pengendali PKNS FC, Datuk K. Rajagobal, perlu merencana strategi tersendiri selepas kehilangan khidmat Kpah Sean Sherman yang menjalani penggantungan akibat kad merah dalam aksi Liga Super berdepan PKNP FC semalam.
Saingan di Stadium Shah Alam semalam menyaksikan PKNS meneruskan rentak kemenangan susulan kejayaan menundukkan PKNP 1-0.
Gol tunggal perlawanan terhasil seawal minit pertama apabila Sherman bijak memanfaatkan peluang hasil kealpaan benteng pertahanan lawan.
Bagaimanapun, malang buat pemain berusia 27 tahun itu apabila diperintah keluar padang dalam babak kedua selepas menyiku pemain PKNP, Amani Aguinaldo.
Ternyata kehilangan Sherman pasti dirasai, apatah lagi PKNS bakal berdepan ujian sukar menentang pendahulu liga, Kedah, di Alor Star Sabtu depan.
"Tidak mudah untuk beraksi di Kedah kerana mereka akan menggunakan pendekatan berbeza berbanding ketika berdepan PJ City FC sebelum ini," kata Rajagobal.
"Kedah kini mengungguli liga dan kami akan merindui Sherman. Namun, kami perlu menghadapi aksi seterusnya dengan yakin."
Sementara itu, pengendali PKNP, Abu Bakar Fadzim, masih belum panik meskipun pasukannya belum memperoleh sebarang kemenangan dalam empat perlawanan.
Malah, ketika ini, mereka hanya mengutip satu mata untuk berada di tangga ke-11 liga dan perlu segera bangkit bagi mengelakkan daripada terus berada dalam zon penyingkiran.
"Perubahan kedudukan akan berlaku menerusi satu kemenangan. Jadi, masih ada perlawanan dan kami perlu berusaha. Tidak boleh terus sedih tetapi harus mengenal pasti kelemahan. Kemenangan perlu dicapai kerana kami mahu kekal dalam Liga Super," ujar Abu Bakar.