Penjaga gawang Malaga, Carlos Kameni, tiba di Istanbul untuk melengkapkan perpindahannya ke Fenerbahce.
Kelmarin, gergasi Super Lig itu mengumumkan bahawa secara prinsipnya, mereka sudah mencapai persetujuan dengan Malaga untuk mendapatkan pemain antarabangsa Cameroon itu.
Kameni tiba di Lapangan Terbang Ataturk semalam untuk memuktamadkan perjanjian itu, secara tidak langsung menamatkan khidmatnya di kelab Andulusia itu sejak 2012.
Pemain berusia 33 tahun itu tiba di Istanbul dengan disorak oleh penyokong dan dia sempat bergambar kain rentang kelab itu.
Kameni pernah beraksi bersama Le Havre, Saint-Etienne, Espanyol dan 113 penampilan untuk Malaga.